Tuesday, July 24, 2018

Perdebatan Titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat


Ucapan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa perdebatan Titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat pada 24-Julai-2018
Saya bangun untuk menyertai perdebatan usul terima kasih kepada Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung.

Full video:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156758541274090&id=532284089

1. Kebebasan Beragama: Saya ingin merujuk kepada Artikel 11 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
“Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal (4) mengembangkannya.

Dan Artikel 3 Fasal (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Saya telah mendengar ucapan rakan-rakan ahli dewan rakyat yang mengutarakan tentang agama Islam. Saya perlu mengulangi di siini kepentingan penganut Buddhist, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme. Saya terbaca dari suratkhabar bahawa aduan dari pihak persatuan agama bahawa mereka menghadapi masalah untuk permit iktisas untuk sami-sami dan paderi-paderi untuk masuk ke Malaysia. Bukan sahaja terdapat had untuk bilangan sami dan juga had untuk masa.

  Saya meminta supaya Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk national unity untuk berjumpa dengan MCCBCHST  (Malaysia Consultative Council : Majlis Perunding Buddhist, Kristian Hindu, Sikh dan Taoisme)  mengkaji semula polisi berkenaan bersama dengan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen.

Kelmarin, Menteri di Pejabat Perdana Menteri iaitu Ahli Berhormat Parit Buntar telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Kerajaan berhasrat membentangkan Rang Undang-undang Kebencian Agama dan Kaum. Saya meminta satu Select Committee ditubuhkan terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat pelbagai latarbelakang, kepercayaan agama untuk menghalusi cadangan Rang Undang-undang dan full consultation dengan Majlis Agama Islam, MCCBCHST dan wakil-wakil persatuan agama, stakeholders berkenaan untuk mendapatkan pandangan semua pihak.

2.    Saya juga ingin melihat Kerajaan Pakatan Harapan yang baru boleh memberi peruntukan wang dan tanah kepada major religious establishment Semasa saya berkhidmat di Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya bekerjasama dengan Malaysian Buddhist Association untuk menganjurkan State Wesak Day, bersama Christian Federation of Malaysia untuk anjurkan Christmas Open House dan bersama Sidang Injil Borneo untuk anjurkan Gawai dan Kaamatan.

Oleh itu saya meminta Menteri bertanggungjawab untuk National Unity turut memberikan penghormatan kepada agama-agama dengan sambutan hari kebesaran agama peringkat nasional samada Islam, Buddhist, Christian, Hindu, Sikh dan Taoisme. Begitu juga dengan major festival di Borneo iaitu Gawai dan Kaamatan.

3.   Saya juga ingin melihat Kerajaan Pakatan Harapan menitikberatkan hak-hak Bahasa ibunda di negara ini. Artikel 152(1) Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan tiada seorang un boleh dilarang atau dihalang daripada mengajar atau belajar apa-apa Bahasa lain. Di

4.    Di peringkat antarbangsa telah diadakan sambutan International Mother Language Day (IMLD)  pada 21-Februari setiap tahun untuk celebrate language diversity. Saya melihat kekuatan bahasa di kalangan rakyat Malaysia dan perkara ini harus diperkuatkan memandangkan dalam dunia ini perdagangan antarabangsa telah menjangkau ke seluruh dunia. Pengetahuan bahasa Malaysia amat berguna di Nusantara, Bahasa Mandarin untuk berurusan dengan Greater China, Bahasa Hindu untuk benua India, Bahasa Arab untuk Timur Tengah, Bahasa inggeris untuk perdagangan seluruh dunia.

Kerajaan perlu memberi ruang yang lebih besar kepada pertumbuhan kepelbagaian bahasa termasuk juga bahasa komuniti dari Borneo.


5.    Saya melawat madrasah dan sekolah agama rakyat di Kawasan saya dan saya mendapati bahawa guidance dan juga bantuan dari Kementerian Pendidikan diperlukan untuk membantu sekolah madrasah dan agama rakyat. Begitu juga bantuan kewangan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil perlu ditingkatkan.

6.    Saya mengalu-alukan polisi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka  untuk mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) secara rasmi  dan saya menanti-nantikan perubahan polisi di peringkat Persekutuan.

7.    Saya berharap halatuju Bangsa-bangsa Bersatu United Nations untuk mengiktiraf hak-hak bahasa dapat diberikan titik-berat oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dan perlu ditonjolkan dalam polisi-polisi Pendidikan, Perfileman, Kesenian dan Kebudayaan.  

8.     Saya juga ingin Kerajaan baru untuk meneruskan siasatan skandal-skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Begitu banyak laporan di media massa antarabangsa. Saya perlu satu laporan lisan daripada Menteri berkenaan.


  Begitu juga kes Pembinaan PFI Sdb Bhd (sebuah government-owned company di bawah MoF incorporated).  Agensi penguatkuasaan perlu melipatganda usaha untuk siasatan jenayah kedua-dua kes tersebut and leave no stone untouched supaya mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

    Saya pun hairan kenapa sebuah SPV Pembinaaan PFI sdn bhd yang menerima peruntukan wang kerajaan dan ia gagal mengemukakan akaun diaudit tahunan menepati masa dan kali terakhir Pembinaan PFI sdn bhd mengemukakan akaun kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah Tahun Kewangan 2014


    The Edge Malaysia melaporkan dalam edisi 16 Julai 2018 “A secret government debt that has ballooned to RM50 billion”. 

  Saya ingin membidas kegagalan mantan Menteri Kewangan Malaysia yang juga mantan Perdana Menteri gagal dalam melaksanakan disiplin kewangan sehingga SPV Kerajaaan gagal mengemukakan akaun secara tepat masa. Begitu juga 1MDB yang gagal mengemukakan akaun mengikut masa. Saya juga ingin membidas Ketua Audit Negara yang gagal dalam tugasnya dalam audit.

1 Section 167 Companies Act memerlukan semua syarikat untuk mengemukakan audited account setiap tahun. Pembinaan PFI Sdn Bhd tidak terkecuali dari keperluan tersebut.

1                        Janji 29 Buku Harapan. Meningkatkan ketelusan integrity belanjawan  dan proses belanjawan.

                    Saya juga berpandangan bahawa perlu ada satu perubahan dari Parlimen dengan penubuhan Jawatankuasa dan Select Committee. 


----------------------

No comments: